HALAMAN
PENGAKUAN
“
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama
Pelatih :
Tarikh :
PRAKATA
Kajian ini adalah mengenai Sejarah Bahasa Melayu serta
Pengantar Fonetik dan Fonologi. Dalam
kajian ini,pandangan tokoh-tokoh terkenal mengenai konsep bahasa,
fonetik dan fonologi telah dikaji.
Selain itu, sejarah asal usul bahasa
Melayu dan ciri-ciri serta fungsi bahasa Melayu turut dikaji tentang siapakah
yang telah memulakan dan dari mana datangnya penduduk yang menggunakan bahasa
Melayu ini berdasarkan bukti-bukti sejarah.
Dalam kajian ini juga diselitkan
mengenai perbezaan antara fonetik dan fonologi serta bidang-bidang yang
terlibat dalam fonetik.
ISI KANDUNGAN
|
PERKARA
|
HALAMAN
|
|
HALAM PENGAKUAN
|
1
|
|
PRAKATA
|
2
|
|
ISI KANDUNGAN
|
3
|
|
KONSEP
MENURUT PANDANGAN AHLI BAHASA DALAM DAN LUAR NEGARA
|
4
|
|
ASAL USUL BAHASA MELAYU & PERINGKAT PERKEMBANGANNYA
|
8
|
|
CIRI-CIRI
DAN FUNGSI BAHASA MELAYU
|
20
|
|
PERBANDINGAN FONETIK DAN FONOLOGI
|
30
|
|
BIDANG-BIDANG
FONETIK
|
33
|
|
REFLEKSI
|
36
|
|
BIBLIOGRAFI
|
38
|
|
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
|
39
|
KONSEP
MENURUT PANDANGAN AHLI BAHASA DALAM DAN LUAR NEGARA
v Bahasa
v Fonetik
v Fonologi
KONSEP BAHASA
Menurut Safir(1921), beliau mendefinisikan bahasa sebagai
suatu kaedah yang bukan naluri manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi
dan keinginan melalui symbol-simbol yang lahir secara sedar.
Menurut Bloch dan Trager(1942) pula menyatakan bahasa
merupakan suatu sistem lambang-lambang bunyi vocal yang bersifat arbitrari yang
digunakan oleh anggota masyarakatuntuk tujuan komunikasi.
Menurut Chomsky(1957), mereka mendefinisikan bahasa
sebagai suatu set ayat yang mempunyai had panjang dan tersusun dengan
menggunakan satu set unsure yang terhad.
Menurut Ferdinand de Saussure(1974/1993), beliau
berpendapat bahawa bahasa ialah sistem isyarat yang mempunyai bahagian
terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan
kedua-duanya bersifat psikologi.
Menurut Asmah Haji Omar(1988) iaitu tokoh linguistic
melayu menyatakan bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu
kebudayaan.
Menurut
Yunus Maris dalam kamus fajar
menyatakan bahasa sebagai tutur kata,pertuturan bunyi yang dituturkan oleh
manusia menjadi perkataan, rangkai kata, ayat,apa-apa yang tertulis, adab dan
budi pekerti.
Menurut A.S Hornby dan E.C
Parnwell dalam The Progressive English Dictionary menyatakan bahasa sebagai perkataan dan penggunaannya
yang diwujudkan oleh sesuatu bangsa dan digunakan oleh Negara tersebut.
Menurut Kamus bahasa Arab Al-Munjid bahasa (al-lughat) sebagai perkataan yang difahami
antara manusia dalam sesuatu kaum atau sesuatu golongan.
Menurut Thomas Pyles dan John Algeo,bahasa sebagai satu system isyarat dan percakapan
umum yang merupakan media komunikasi antara manusia . Tanpa bahasa , manusia
tidak mungkin dapat berinteraksi , berkomunikasi dan hidup bersama-sama dalam
sebuah masyarakat.
Menurut Wilhelm Von Humboldt sarjana Jerman
(abad ke-19),bahasa merupakan satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh
“Lautform” dan (bentuk luaran) fikiran yang dibentuk oleh “Idenform” (bentuk
dalaman)(1930, 1838;94).
Secara keseluruhannya, konsep bahasa ialah sesuatu
pengucapan bunyi yang mempunyai makna yang digunakan sebagai alat untuk
berkomunikasi yang juga merupakan satu bentuk budaya.
FONETIK
Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku
berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik
kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
Menurut
Arbak Othman(1983) pula, fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.
Menurut Dr.
Lufti Abas(1985), fonetik didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi
bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap
bunyi.
Menurut ahli
linguistik Barat, iaitu Kenstowicz dan Kisserberth (1979) menyatakan bahawa
fonetik “the study of the sounds human
beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud
“pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa
bertutur ialah fonetik”.
Menurut
Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) menyatakan fonetik sebagai kajian
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi ang digunakan
sebagai alat komunikasi dalam bukunya yang berjudul Fonetik dan Fonologi.
Menurut Nik
Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM dalam
bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut.
Secara keseluruhan, fonetik dapat didefinisikan
sebagai kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk
tujuan pertuturan dan komunikasi.
FONOLOGI
Menurut Rhimah Haji Sabran dan Rahim
Sham, fonologi merupakan bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam
pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.
Menurut
Dalbor,salah seorang ahli lunguistik barat, “ phonology is the study of the
function and patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah
kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan
oleh manusia”.
Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa
Melayu STPM bab 11 bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji
bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut.
Menurut
Kamus Linguistik, fonologi merupaka bidang yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa.
Secara
keseluruhannya, fonologi ialah kajian tentang fungsi bahasa dan bunyi-bunyi
bahasa dalam pertuturan.
ASAL USUL
BAHASA MELAYU DAN PERINGKAT PERKEMBANGAN
v ASAL USUL
v BAHASA
MELAYU KUNO
v BAHASA
MELAYU KLASIK
v BAHASA
MELAYU MODEN
ASAL
USUL BAHASA MELAYU
Sebelum
mengetahui mengenai sejarah asal usul bahasa melayu, baiklah diketahui terlebih
dahulu sejarah penutur aslinya iaitu orang Melayu. Terdapat dua pandangan
mengenai asal usul bahasa Melayu iaitu berasal daripada Asia Tengah dan satu
pendapat lagi menyatakan bahasa Melayu ini sememangnya wujud di Kepulauan
Melayu.
Bagi
pandangan bahawa bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, beberapa teori
daripada sarjana Eropah telah dikemukakan berdasarkan kajian mereka. Salah
satunya ialah R.H. Geldern iaitu seorang ahli prasejarah. Beliau telah membuat
kajian tentang asal usul bangsa Melayu dan melalui kajiannya itu, beliau
menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Beliau juga menemukan jenis
kapak yang sama di beberapa tempat di
kawasan Nusantara. Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa kapak tua ini
telah dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Selain
itu, seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan
pelbagai bahasa Austronesia iaitu J.H.C. Kern telah membuat kajian berdasarkan
beberapa perkataan yang biasa digunakan seharian terutama nama tumbuh-tumbuhan,
haiwan dan nama perahu. Hasil kajian beliau mendapati perkataan yang terdapat
di Kepulauan Nusantara ini juga terdapat
di Madagaskar, Filipina, Taiwan dan di beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.
Contoh penggunaan bahasa yang sama ialah padi,buluh, rotan, pisang, pandan dan
ubi. Akhirnya, beliau membuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal
daripada satu induk yang ada di Asia.
Seperti
Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Von Heine Geldern dari Austria menyatakan
dalam kajian mereka bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia.
Kelompok Austronesia ini merrupakan kelompok menusia yang berasal dari daerah
Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang
manusia dan akhirnya menduduki wilayah di Asia Tenggara.
Gelombang manusia pertama dikenali sebagai Melayu-Proto yang
berlaku kira-kira 2500 yahun Sebelum Masihi. Melayu –Proto ini berasal dari
Asia Tengah. Seterusnya , dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masihi pula gelombang
kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro telah datang. Mereka telah mendiami
daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara.
Kedatangan Melayu-Deutro telah menyebabkan orang-orang Melayu-Proto yang
terdiri daripada orang-orang Jakun, Mehmeri, Jahut, Temuan dan Biduanda telah
berpindah ke kawasan pedalaman. Melayu-Deutro inilah masyarakat Melayu yang ada
pada masa kini.
Namun begitu, menurut pendapat Asmah Haji Omar,
sebelum perpindahan penduduk dari Asia, Kepulauan Melayu ini sebenarnya telah
mempunyai penghuni yang dinamakan penduduk asli. Terdapat ahli sejarah
mengatakan bahawa penduduk asli ini dinamakan sebagai orang Negrito yang mana
telah ada sejak 8000 SM. Mereka ini tinggal di dalam gua dan menyara kehidupan
dengan memburu binatang menggunakan alat perburuan yang diperbuat daripada
batu.
Bagi pandangan bahasa Melayu berasal daripada
Nusantara pula, J. Crawfurd seorang sarjana Inggeris berpendapat asal bahasa
yang telah tersebar di Nusantara ini sebenarnya berasal daripada bahasa Jawa di
Pulau Jawa dan bahasa Melayu di Pulau Sumatera. Induk bagi bahasa serumpun yang
terdapat di Nusantara ini merupakan bahasa Melayu. Oleh itu, melalui kajian
inilah dapat dikatakan bahawa bahasa Melayu ini sememangnya berasal dari
Nusantara.
BAHASA
MELAYU KUNO
Bahasa Melayu Kuno telah berkembang di Nusantara antara abad ke-7 hingga
abad ke-13. Bahasa sebelum bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu Purba namun,
bahasa Melayu Purba tidak mempunyai tulisan lagi. Mereka hanya menggunakan
bahasa secara lisan sahaja. Kedatangan pengaruh Hindu telah mengakubatkan
bahasa Melayu Purba mempunyai aksara untuk disampaikan dalam bentuk
tulisan.Bahasa Melayu Kuno mempunyai tiga tulisan iaitu tulisan Palava, Nagiri
dan Kawi. Dengan wujudnya sistem tulisan ini, maka wujudlah bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno
mempunyai banyak fungsi yang penting pada zaman kerajaan Sriwijaya iaitu
sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya. Buktinya ialah Batu Bersurat dan
catatan daripada pengembara dan rahib Buddha seperti I-Tsing dan Wu-Hing.
Selain itu, bahasa Melayu Kuno juga digunakan sebagaibahasa pengantar untuk
mengajar tatabahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha.
Bahasa Melayu Kuno
berakhir pada abad ke-13 ketika kerajaan Majapahit didirikan(1293). Namun
begitu, kedudukan bahasa Melayu Kuno tidak lenyap begitu sahaja kerana beberapa
daerah di pesisir Sumatera khususnya Jambi masih lagi mengekalkan bahasa Melayu dan kebudayaan walaupun telah
ditawan oleh Majapahit. Dengan ini, vahasa Melayu Kuno terus kekal, malah
berperanan sebagai Lingua Franca. Hal ini terjadi disebabkan Baahasa Melayu
Kuno mudah menerima pengaruh luar dan penggunaannya tidak terikat oleh
perbezaan susun lapis masyarakat.
Antara bukti-bukti
kewujudan bahasa Melayu Kuno ini ialah, batu-batu bersurat pada abad ke-7 yang
ditulis menggunakan huruf Palava. Batu bersurat pertama ialah, Batu Bersurat
Kedukan Bukit, Palembang bertarikh183M yang dijumpai di Kedukan Bukit iaitu di
kawasan Barat Daya Palembang. Batu Bersurat ini merupakan batu bersurat tertua
yang menyebut nama kerajaan Sriwijaya. Bahasa yang digunakan ialah bahasa
Melayu dan bahasa Sanskrit. Batu bersurat kedua ialah Batu Bersurat Talang Tuwo
dekat Palembang yang ditemui oleh Residen Jambi iaitu L.C. Westtenek. Batu
bersurat ini menyampaikan doa agar rakyat akan memperoleh hasil yang banyak
daripada ternakan dan tanaman mereka serta dapat hidup dalam keadaan yang
bahagia dan sejahtera. Batu bersurat ketiga ialah, Batu Bersurat di Kota Kapur
yang dijumpai di sebuah pekan di Pulau Bangka. Batu bersurat ini ditemukan oleh
J.K.Van Der Meulan dan dipercayai dibawa
ke Pulau Bangka kerana terdapat batu
seperti itu di pulau tersebut. Batu bersurat yang keempat ialah Batu Bersurat
Karang Brahi di Meringin iaitu daerah Hulu Jambi. Batu bersurat ini dijumpai
oleh inspector L. Berkhout.
Selain darpada batu
bersurat, terdapat juga bahan-bahan bukti lain pada zaman Sriwijaya yang
menunjukkan penggunaan bahasa Melayu Kuno. Salah satunya ialah, Batu Bersurat
di Gandalusi, Kedu, daerah Jawa Tengah yang bertarikh 832M dan Batu Bersurat di
Bangkahulu bertarikh 1000M. Selain itu, terdapat juga Patung Gangsa yang
dijumpai di sekitar Padang Lawas , Tampanuli bertarikh 1029M. Patung Gangsa ini
mempunyai tulisan pada alas kakinya. Seterusnya, Batu Bersurat di Padang Lawas,
Tampanuli, Sumatera Utarayang bertarikh 1213M dan patung di Padang Rocore di
daerah Batanghari yang bertarikh 1286M.
Masuk pula kepada
ciri-ciri bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa
Sanskrit kerana banyak meminjam kata-kata daripada baahasa Sanskrit. Tetapi,
susunan ayatnya bersifat Melayu dan terdapat juga unsure bunyi-bunyi bahasa yang
berlainan berbanding bahasa yang digunakan pada zaman kini. Contohnya, bunyi b
ialah w dalam bahasa Melayu Kuno. Misalnya,senutan ‘bulan’ akan menjadi ’wulan’
dalam bahasa Melayu Kuno. Seterusnya, bunyi ‘e’ pepet tidak wujud dalam bahasa
Melayu kuno. Contohnya,perkataan ‘dengan’ tidak wujud dalam bahasa Melayu Kuno
dan perkataan itu akan menjadi ‘dgan’ atau ‘dangan’. Tambahan pula, awalan ber-
ialah mar- dalam bahasa Melayu Kuno. Sebagai contoh, perkataan ‘berlepas’ akan
menjadi ‘marlapas’. Awalam di- juga akan ditukarkan kepada ni- dalam bahasa
Melayu Kuno. Misalnya, perkataan ‘diperbuat’ akan menjadi ‘niparwuat’. Akibat
pengaruh Sanskrit, terdapat konsonan yang dieja dengan aspirasi seperti ‘bh,
th, kh, dh’. Misalnya, perkataan ‘bakti’ akan menjadi ‘bhakti’. Huruf ‘h’ dalam
bahasa Melayu Moden akan dihilangkan dalam bahasa Melayu Kuno. Contohnya,
‘semua’ akan menjadi’ samuha’.
Peralihan bahasa
Melayu Kuno kepada Klasik dikaitkaan dengan pengaruh agama Islam yang semakin
mantap dan meluas di Asia Tenggara.
BAHASA
MELAYU KLASIK
Pada
abad ke-11 dan abad ke-12, merupakan zaman transisi iaitu zaman peralihan
daripada pengaruh Hindu kepada pengaruh Islam. Para pengkaji telah membuat
pembahagian zaman Melayu Klasik kepada Melayu Praklasik dan Melayu Klasik.
Bahasa
Melayu Praklasik telah bermula pada abad ke-11 hingga abad ke-14. Zaman
peralihan ini berlaku disebabkan pengaruh Islam atau Arab. Tarikh kedatangan
Islam ke Kepualauan Melayu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun terdapat
teori yang mengatakan Islam telah ada di pantai barat Sumatera sejak tahun 674
Masihi. Terdapat juga teori yang mengatakan kerajaan Islam Perlak di bawah
pemerintahan Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Shah telah wujud pada tahun 650
Masihi. Berlainan pula dengan catatan Sejarah iaitu kerajaan pertama yang
menjadika Islam sebagai agama rasminya ialah kerajaan Samudera-Pasai iaitu
apabila rajanya Merah Silu memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan
Malik Al-Salleh. Melalui hal ini, perkembangan Islam ke kawasan lain di Nusantara
telah meluas.
Pengaruh islam yang semakin meluas ini telah
mencampuradukkan budaya Hindu dengan budaya Islam. Proses pengislaman tudak
hanya mengubah secara perlahan-lahan budaya Hindu kepada budaya Islam,malah
bahasa yang digunakan juga turut
dipengaruhi. Penggunaan bahaa Melayu Kuno dengan pengaruh bahasa Sanskrit masih
digunakan namun telah diresapi oleh kosa kata Arab kerana kosa kata bahasa
Melayu Kuno masih kurang bagi mengungkapkan pelbagai istilah-istilah dalam
Islam, maka sebab itulah peminjaman bahasa Arab dan Parsi berlaku. Tulisan Kawi
yang digunakan juga telah berubah bentuknya kea rah kearaban iaitu lebih kursif
dan bundar. Kursif merupakan cirri penulisan kata secara condong dan bundar
pula lebih kepada berbentuk bulat.
Bahasa Melayu Klasik pula bermula pada abad ke-14 hingga
abad ke-19. Pada zaman ini, bahasa Melayu telah mempunyai aksara sendiri iaitu
aksara Jawi dengan menyesuaikan abjad Arab.
Bahasa
Melayu klasik mencapai tahap kegemilangan pada zaman kerajaan Kesultanan
Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu Klasik mempunyai
fungsi yang penting pada zamannya iaitu sebagai Lingua Franca iaitu bahasa
pergaulan seharian, bahasa pentadbiran atau urusan rasmi bahasa ilmu pengetahuan untuk
menyampaikan ajaran Islam dan kesusasteraan. Bahasa Melayu Klasik berkembang pesat semasa kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka kerana pengaruh politik Melayu semakin berkembang yang mana dapat
menjadikan penyebaran Islam menjadi
lebih mudah dan perkembangan tulisan Jawi dan kosa kata bahasa Arab.
Pada zaman
kerajaan Acheh, bahasa Melayu klasik banyak memainkan peranan dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penulisan ilmu agama dan falsafah
Islam,undang-undang, sejarah, ketatanegaraan dan kesusasteraan. Oleh itu, zaman
tersebut telah memperlihatkan zaman
keintelektualan masyarakat Melayu.
Memandangkan
Bahasa Melayu telah tersebar dan meningkat dengan pesat penggunaannya, bahasa
Melayu mempunyai banyak fungsi. Antara fungsi bahasa melayu Klasik ialah untuk
menangani masalah yang berkaitan dengan perhubungan antara Negara di Asia
Tenggara. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan sebagai alat perhubungan
perniagaan dan perdagangan dan bahasa untuk pentadbiran Negara.
Bukti-bukti
kewujudan bahasa Melayu Klasik dapat dilihat pada batu-batu bersurat, hasil karya
sastera dan surat-surat yang dikirim oleh raja Melayu dalam hubungannya dengan
raja lain, pedagang atau tokoh-tokoh dari Barat. Semasa zaman Praklasik pula,
terdapat bukti yang ditemui tercatat dalam prasasti atau batu bersurat yang
dijumpai. Pada zaman ini, terdapat tiga batu bersurat yang menjadi bukti
kewujudan bahasa Melayu Praklasik. Bukti pertama merupakan Batu Bersurat Pagar
Ruyung 1356M. Batu bersurat ini ialah
batu bersurat pertama yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu Klasik yang
ditemui di Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera Barat. Tulisan yang digunakan ialah huruf India yang
mengandungi prosa Melayu kuno dan sajak dalam bahasa sanskrit.
Penggunaan
kata-kata dalam batu ini mempunyai
banyak perbezaan dengan prasasti abad ke-7. Bukti kedua merupakan Batu Bersurat
Minye Tujuh 1380 M yang dijumpai di Minye Tujuh, Aceh. Ditulis
dengan menggunakan huruf India tetapi banyak terdapat penggunaan kata-kata
Arab. Namun,penggunaan bahasa Melayu kuno dan bahasa Sanskrit masih ada.
Teks yang terdapat pada batu nisan ini
menunjukkan susunan bahasa sastera yang amat baik. Bukti Ketiga kewujudan bahasa Melayu Klasik
ialah Batu Bersurat Sungai Teresat(1303M) yang juga dikenali dengan nama Batu Bersurat Terengganu
atau Batu Bersurat Kuala Berang. Batu bersurat ini ditemui di Sungai Teresat, Kuala Berang,
Terengganu kira-kira pada tahun 1899 dan ditulis menggunakan tulisan Jawi tetapi banyak terdapat perkataan Arab dan
sedikit kata pinjaman bahasa Sanskrit dan Jawa. Batu bersurat ini menandakan
bermulanya tahap bahasa Melayu klasik dan sebagai bukti bermulanya kedatangan
Islam ke Tanah Melayu kerana kandungan
yang terdapat dalam batu bersurat ini adalah tentang undang-undang Islam.
Selain itu,
bukti-bukti lain yang juga menunjukkan penggunaan bahasa Melayu klasik iaitu batu
nisan seorang wali Allah berketurunan Arab bertarikh 1028 M yang dijumpai di
Pekan,Pahang, batu nisan Puteri Sultan Brunei, 903 M yang
dijumpai di Jalan Residensi, Bandar Sri Begawan,Brunei dan batu nisan yang dijumpai di Wilayah Phanrang,Champa
pada tahun 1039M. Ketiga-tiga batu nisan ini ditulis dengan menggunakan tulisan
Arab berbentuk Kufi.
Batu nisan lain seperti batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Ibn Hussein Shah
Alam yang dijumpai di Langgar,Alor Setar, Kedah pada 910 M semasa zaman
Langkasuka juga menunjukkan penggunaan bahasa Melayu Klasik.
Sehubungan itu, terdapat juga karya-karya sastera bahasa Melayu Klasik. Karya-karya sastera ini terbahagi kepada tiga zaman
iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan
Johor Riau. Pada zaman kerajaan Melayu Melaka karya sastera yang terhasil ialah
Sulatus Salatin, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Melaka, Hikayat Muhamad Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Hang Tuah. Manakala, karya sastera pada zaman
kegemilangan kerajaan Acheh termasuklah Syair Dagang, Syair Burung
Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syari Syarab al-Asyikin
dan Syair Perahu daripada karya Hamzah Fansuri. Terdapat juga karya Syamsuddin
al-Sumaterani iaitu Mirat Al-Mukminin, Miratul Iman dan Syarah
Rubai Hamzah Fansuri. Karya-karya lain iaitu, Mirat al-Tulub karya Abdul Rauf
al-Singkel, Siratul
Mustakin,Bustan al-Salatin, dan Asrar al-Insan karya Sheikh Nuruddin al-Raniri
dan Aqa’id al-Nasafi :iaitu
manuskrip bahasa Melayu tertua dalam bentuk bukuyang bertarikh 1509 M. Karya
pada zaman Johor-Riau pula berpusat di Pulau Penyengat pada awal abad ke-19. Antara karya sastera pada zaman ini ialah
Hikayat Negeri Johor, Hikayat Seri Rama, Hikayat Raja-Raja Pasai Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Bustan al-Katibin(1857), Tuhfat al-nafis(1865),
Pengetahuan Bahasa(1859) dan Salasilah Melayu dan Bugis karya Raja Ali Haji.
Selain karya
sastera, hasil penulisan lain yang terhasil juga wujud iaitu daftar kata
seperti Daftar Kata Cina-Melayu yang ditulis dalam tulisan cina, Daftar Kata Melayu-Itali(Antonio Pigafetta), Daftar Kata Melayu-Belanda oleh Frederick de Houtman) dan Catatan Jan Huygen Van
Linschotten.
Surat-surat awal
dalam bahasa Melayu Klasik seperti
Surat Sultan Aceh, Sultan Alaudin Shah kepada Kapten Harry Middleton pada tahun
1601 M dan Surat Sultan Aceh kepada James Lancester,nakhoda Inggeris pada tahun
1602 M juga salah satu bukti penggunaan bahasa Melayu Klasik.
Ciri-ciri bahasa
Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu kosa kata, tatabahasa
dan aspek penggunaan ayat. Dari aspek kosa kata, bahasa Melayu klasik banyak
menggunakan istilah daripada bahasa Arab kerana pengaruh Islam yang mula
meresap ke kawasan Nusantara dan membawa konsep-konsep agama Islam yang baharu.
Dari aspek penggunaan tatabahasa pula, penggunaan ayat majmuk yang bersifat
meleret-leret. Selain itu, bahasa
Melayu klasik banyak menggunakan ayat songsang. Contohnya, dimintanya Raja
Afshan jangan bekerjasama dengan Raja Shahrin untuk menangkap gurunya itu. Ayat
pasif yang terdiri daripada awalan ter- atau di- dan pengulangan kata dalam
ayat juga kerap digunakan. Dari segi
aspek penggunaan ayat , bahasa Melayu klasik banyak menggunakan bahasa istana
seperti santap, beradu, gering dan bersiram. Penggunaan bahasa Melayu
klasik juga semestinya ada seperti masygul, amarah dan jemala dan penggunaan
kata pangkal ayat seperti Hatta, Syahadan, Adapun, Maka dan Arkian. Ayat dalam
bahasa Melayu klasik turut menggunakan kata penagas –lah dan –pun yang juga
kerap diulang serta penggunaan kosa kata Arab. Misalnya, Allah Taala Yang Maha
Kuasa, makhdum dan wallahualam.
BAHASA
MELAYU MODEN
Perkembangan bahasa Melayu Moden
dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu bahasa Melayu Pramerdeka dan bahasa Melayu
Pascamerdeka.
Bahasa Melayu Pramerdeka
dikaitkan dengan beberapa tokoh bahasa Melayu iaitu Abdullah Bin Abu Kadir
Munsyi, Raja Ali Haji, Mejar Dato’ Hji Mohd. Said Haji Sulaiman dan Za’ba.
Hasil karangan Munsyi Abdullah
telah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden pada abad ke-19.
Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi
kerana pada waktu itu, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, karya-karya kesusasteraan dan juga bahasa pengantardi pusat
pendidikan Islam dan penyebaran Islam. Namun begitu, British telah mengubah
dasar dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantardalam sistem
pendidikan. Pada zaman Pramerdeka ini, terdapat empat buah institusi yang
memainkan peranan yang penting iaitu,
Pakata Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa, Persaudaraan Sahabat Pena Malaya,
Pejabat Karang Mengarang, Keroncong Melayu dan Julius Ceaser dan Angkatan
Sasteran 50 (ASAS50).
Institusi yang pertama merupakan
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Pakatan ini berperanan untuk
menstandardkan eejaan dan perkataan serta mencipta perkataan baharu. Pakatan
ini juga meluaskan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan. Melalui
ceramah, pengetahuan dapat disebarkan dalam kuantiti yang banyak dan luas
kerana ceramahdapat dihadiri oleh bilangan orang yang ramai. Kerana itu, 1
ceramah sahaja telah dapat menyebarkan dan member ilmu kepada sejumlah orang.
Penyelidikan pula membolehkan pengetahuan diteroka justeru bertambah dari
semasa ke semasa. Pakatan ini mengeluarkan jurnal enam bulan sekali dan
mengadakan perpustakaan. Selain itu, pakatan ini bertanggungjawab memelihara,
memperlengkap dan mempermoden bahasa Melayuserta memelihara tulisan Jawi.
Institusi kedua ialah
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya yang mana berperanan mendirikan suatu roh
perhubungan berkenalan dan pergaulan
serta mempererat persepakatan antara ahli. Institut ini juga menggalakkan
ahlinya untuk mengarang dalam bahasa dan buku-buku Melayu serta mendirikan satu
kutub khanah. Institusi ini dapat melatih justeru melahirkan para sasterawan
kerana banyak menggalakkan ahlinya untuk mengarang di dalam bahasa dan
buku-buku Melayu.
Pejabat Karang Mengarang pula mengeluarkan
seberapa banyak buku-buku sekolah Melayu dan mengeluarkan bahan bacaan untuk
masyarakat Melayu. Pejabat ini juga menerbitkan jurnal bergambar dan
menaik-taraf perpustakaan kepada perpustakaan bergerak ke kampung-kampung. Hal ini dapat memberi peluang kepada penduduk
di kampung untuk memperoleh ilmu.
Seterusnya, Angkatan Sasterawan 50 (ASAS50)
yang berperanan untuk memperluas dan meningkatkan kesusasteraan dan kebudayaan
Melayu. Peranan lainnya ialah, melindungi hak-hak ahli dan para pengarang serta
membuat pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh yang lama. Angkatan ini
keseluruhannya dapat dilihat peranannya untuk melindungi para penghasil karya
dan karya-karya yang telah dihasilkan supaya kekal berterusan dan tidak
dilupakan apabila terdapat karya-karya yang telah berkembang lebih moden.
Masuk pula kepada bahasa Melayu Pascamerdeka
di mana perancangan di Malaysia untuk memupuk
bahasa Melayu ke taraf yang lebih
maju iaitu dengan mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka
ini ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan dalam Kementrian
Pelajaran. Salah satu peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ini ialah untuk
memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan.
Antara contoh-contoh karya bahasa Melayu
moden termasuklah karya Abdullah bin Abdul Munsyi iaitu Kisah Pelayaran
Abudullah (1838) dan
Hikayat Abdullah (1849). Karya Raja Ali Haji juga telah menyumbang dalam karya
bahasa Melayu moden iaitu Bustanul-Katibian Lissubyanil-Muta’alimi dan Kitab
Pengetahuan Bahasa. Seterusnya, Mejar Dato’Haji Mohd.Said Bin Haji Sulaiman dalam karyanya Hikayat Queen
Victoria(1904/5) dan Jalan Bahasa Melayu(1937). Tidak ketinggalan juga, karya
Zainal Abidin bin Ahmad ataupun lebih dikenali sebagai Za’ba iaitu Pelita
Bahasa Melayu, Ilmu mengarang Melayu(1934) dan Daftar Ejaan Melayu(1941).
Semasa
Malaysia mencapai Kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan
1963/1967 pula telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara.
Malah, dalam Laporan Razak 1956 telah mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara.
Bahasa
Melayu telah menjadi bahasa moden dalam abad ke-20 ekoran telah banyak
unsure-unsur moden sudah meresap dalam bahasa Melayu. Perkembangan bahasa Melayu telah berkembang pesat selepas Negara
mencapai kemerdekaannya terutama dalam bidang sains dan teknologi.
CIRI-CIRI
& FUNGSI BAHASA MELAYU
CIRI-CIRI
BAHASA
1.
Bahasa Sebagai Satu Sistem
Bahasa sebagai satu sistem boleh diartikan sebagai bahasa
yang mempunyai cara untuk diujarkan atau ditulis, manakala sistem pula bersifat
berperaturan. Oleh itu, bahasa sebagai satu sistem bermaksud bentuk perkataan
dan kedudukan sesuatu perkataan itu dengan perkataan lain dalam satu ayat
adalah teratur. Hal ini kerana, bentuk dankedudukan perkataan dalam satu ayat
dapat mempengaruhi tafsiran sesuatu ayat itu sama ada ayat tersebut mempunyai
makna atau tidak. Semua hal ini berkait rapat ekoran bahasa terdiri daripada
sistem bunyi, penyusunan kata menjadi ayat dan sistem makna.
Masuk kepada sistem bahasa. Apa pun bahasa yang terdapat
di dunia ini, pastinya mempunyai jumlah unit bahasa seperti fonem, mortem,
kata, frasa, klausa atau ayat. Bila terjadinya ercantuman unit-unit bahasa ini,
maka wujudlah satu bahasa yang bersistem. Misalnya, struktur bahasa Melayu
tidak sama denganstruktur bahasa Inggeris iaitu dalam bahasa Melayu, apabila
mengatakan “beg itu kepunyaan saya”. Namun, dalam struktur bahasa Inggeris pula
mengatakan “that bag is mine”. Jika dilihat kedua-dua struktur ayat ini,
penyusunan kata bahasa Melayu telah berubah apabila diterjemahkan kepada bahasa
Inggeris.
Kata tunggal
dalam bahasa Melayu mempunyai dua jenis iaitu yang mengandungi satu suku dan
yang mengandungi dua suku kata. Kata tunggal yang mempunyai satu suku kata
adalah gabungan satu huruf vocal dan satu huruf konsonan. Kata tunggal satu
suku kata ini juga ada terdiri daripada satu huruf vokal dengan beberapa huruf
konsonan. Perlu diketahui juga bahawa gabungan satu huruf vocal dengan satu
huruf konsonan ini boleh berubah kedudukannya. Maksudnya, huruf vocal boleh
diletakkan selepas huruf konsonan atau sebaliknya, kedua-duanya boleh
digunakan. Contoh yang jelas dilihat ialah “ke” dan “di”. Kata tunggal yang
wujud daripada dua suku kata juga ada
malah senang difahami kerana sering digunakan dalam kehidupan seharian.
Contohnya, singkatan “ku” terhasil daripada perkataan “aku”. Namun begitu,
terdapat juga serapan daripada bahasa asing yang terdiri daripada susunan vocal
dengan tiga suku kata. Contohnya, “a ka un” dalam bahasa
Inggeris dan “a qi qah” dalam bahasa arab.
Urutan kata juga penting bagi membentuk ayat yang betul.
Contohnya, “saya sedang menonton televisyen” namun apabila ayat ini
tidakmengikut urutan kata yang betul, maka ayat ini akn menjadi seperti “sedang
menonton saya televisyen” iaitu ayat yang tidak mempunyai makna.
Selain itu, frasa nama harus dibina dalam ayat mengikut
sistem iaitu meletakkan inti terlebih dahulu, kemudian penerang ataupun inti
bersama inti.
2.
Bahasa Mengandungi Simbol
Pada
zaman awal, manusia menggunakan symbol atau objek tertentu untuk menggambarkan
sesuatu. Kemudian, kombinasi bunyi pula digunakan sebagai satu symbol. Sebagai
contoh, simbol # mempunyai pelbagai makna mengikut penggunaannya. Symbol ini
biasanya disebut hash. Di Amerika Syarikat,penggunaan symbol ini adalah untuk
ukuran berat dalam unit paun. Dalam muzik pula, tanda # ini disebut sebagai sharp , manakala dalam telefon bimbit
penggunaan dan namanya berlainan. Dapat dilihat di sini bahawa walau apa pun
nama yang diberikan kepada symbol ini, symbol ini tetap digunakan mengikut
fungsi tertentu berdasarkan situasi penggunaannya. Begitu juga dengan bahasa
yang juga merupakan symbol isyarat bersuara yang disampaikan oleh penutur
kepada pendengar semasa berinteraksi. Melalui interaksi menggunakan bahasa,
hasrat penutur tergambar semasa proses interaksi berlaku.
Bahasa bukan sahaja menjadi symbol
semasa bertutur malah dalam frasa juga bahasa dapat menjadi satu symbol untuk
menggambarkan sesuatu. Contohnya, bahasa sebagai satu “simbol perpaduan”.
Melalui pernyataan ini,kita dapat faham bahawa maklumat yang ingin disampaikan
ialah bahasa Melayu menjadi alat penyatuan bagi pelbagai bangsa yang terdapat
di Negara kita. Contoh lain yang dapat kita guna dalam kehidupan seharian ialah
apabila kita sedang makan, maka symbol perbuatan kita dalam perkataan ialah
“makan”.
3.
Bahasa Terdiri Daripada Bunyi
Bahasa yang juga dianggap sebagai simbol-simbol bahasa
ialah bunyi yang diucapkan atau bunyi yang melalui mulut menusia termasuk
rongga hidung, kerongkong dan tenggorokan. Bunyi bahasa ini merupakan perkara yang paling asas dalam
bahasa. Sebelum wujudnya sistem tulisan, bahasa hanya diungkapkan secara lisan
dan di sinilah bermulanya penyusunan kata-kata dan menggabungkan bunyi bahasa
untuk menghasilkan ayat yang bermakna. Bunyi-bunyi bahasa disusun secara sistematik bagi menghasilkan pelbagai
bentuk bunyi bahasa yang tiada had dan setiap bunyi-bunyi bahasa ini berbeza
antara satu sama lain.
Namun begitu, bunyi-bunyi lain yang disebabkan oleh
gerakan badan tidak dianggap sebagai symbol bahasa kerana tidak keluar daripada
mulut manusia. Tetapi, tidak semua juga bunyi yang diucapkan oleh mulut itu
dianggap sebagai bunyi bahasa. Misalnya, siulan.
4.
Bahasa Dilambangkan Secara Struktur
Bahasa dilambangkan secara struktur ini tertumpu pada
sebutan. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu. Misalnya, cara menyebut
perkataan “batu”, bunyi yang dihasilkan ialah “b” “a” “t” “u”. Begitu juga
dengan pengucapan kata yang lebih panjang khususnnya ayat. Pengucapan dalam
ayat pula tidak disebut satu persatu namun secara kelompok.
5.
Bahasa Bersifat Arbitrari
Berdasarkan Kamus Dewan, arbitrari bermaksud tidak
berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti, tidak berasaskan
pemikiran, mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang. Maksudnya, arbitrari ini
tidak semestinya mempunyai hubungan antara bunyi bahasa yang diucapkan dengan
benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, apabila mendengar bunyi ring ring, secara automatiknya kita tahu
bahawa bunyi tersebut berkemungkinan bunyi loceng rumah ataupun bunyi telefon.
Jika dilihat dengan teliti, bunyi tersebut tidaklah mempunyai hubungan atau
kaitan kepada benda itu, namun sifat arbitrari bahasa yang kita gunakan
menunjukkan bunyi tersebut berkait rapat dan menjadi gambaran kepada sesuatu
benda.
Hal ini demikian kerana kearbitrarian lambang bunyi
sebagai penanda dan konsep yang dikandungnya iaitu petanda. Walaupun terdapat
hubungan terus antara penanda dengan petanda,namun tidaklah begitu banyak.
Lazimnya, yang wujud hubungan adalah yang berkonsep onomatopia. Onomatopia
bermaksud pembentukan kata yang bunyinya ditiru daripada bunyi alamiah seperti bek bek, miau miau. Sebagai contoh, kata
cicak yang berasal daripada bunyi cak cak cak dan pipit yang berasal daripada
kata pit pit pit.
6.
Bahasa ialah Pertuturan
Berdasarkan pendapat Fries(1963)
dalam bukunya Linguistics & Reading, 85% daripada bahasa yang digunakan
oleh manusia dalam komunikasi ialah pertuturan manakala 15% pula ialah bahasa
isyarat.. Pertuturan terdapat dalam pelbagai bentuk. Selain lisan, tulisan
merupakan perkara kedua daripada proses pertuturan.namun begitu, melalui
pengucapan, banyak aspek bahasa seperti frasa, ayat, bunyi, intonasi, hentian,
tekanan, nada dan banyak lagi yang tidak dapat digambarkan melalui tulisan.
Tulisan hanya boleh menuliskan perkataan dan kata-kata untuk menerangkan mesej
yang ingin disampaikan oleh penulis. Tetapi, tulisan tidak dapat member
pendengaran bagaimana intonasi perkataan itu diucapkan. Oleh itu, kajian linguistic telah menjadikan
pertuturan sebagai data utama.
7.
Bahasa Dipelajari Bukan Diwarisi
Seterusnya,
bahasa dipelajari dan bukan diwarisi seperti bakat. Sebagai contoh,
seorang anak Melayu jika dibesarkan dengan keluarga kaum Cina, anak itu
akan mahir berbahasa cina walaupun sebenarnya dia adalah bangsa Melayu.
Keadaan persekitaran dan penggunaan bahasa
yang biasa didengarnya telah membuat dia belajar bahasa
itu secara tidak l angsung. Oleh
itu, bahasa dipelajari dan bukan diwarisi.
8.
Bahasa Mempunyai Makna
Bahasa
juga mempunyai makna. Makna bermaksud satu situasi yang sedang dihuraikan,sebuah
fikiran atau pendapat yang dibentangkan untuk
memahamkan pendengar dan pembaca. Setiap
apa yang dituturkan oleh penulis mahupun penutur mempunyai makna bagi
pendengar dan pembaca. Makna ini
berkait rapat dengan pengucapan dan bunyi-bunyi yang dihasilkan.
Hubungan antara makna dan pengucapan inilah yang menghasilkan keunikan. Cara pengucapan yangberbeza juga
akan menghasilkan makna yang
berbeza. Perkataan atau ayat yang sama jika diucapkan
dengan intonasi yang berbeza akan menghasilkan makna yang berbeza kerana intonasi menggambarkan
perasaan seseorang itu seperti marah,
gembira, menunjukkan arahan, sedih dan banyak lagi.
9.
Bahasa Itu Dinamis
Bahasa
itu dinamis membawa maksud bahasa itu berpotensi untuk berkembang, boleh dibuat penyesuaian, serta mewujudkan
pembaharuan dan kemajuan. Bahasa akan
terus bersifat dinamis selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. Pertembungan
dan hasil gabungan kebudayaan dan manusia dengan manusia
yang lain menyebabkan pertambahan
dan kepelbagaian perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. Meskipun begitu, struktur dan
tatabahasa sesuatu bahasa itu selalunya tidak akan
berubah. Contoh yang dapat kita lihat di sini ialah Kamus Dewan yang digunakan di Negara kita terdapat banyak edisi.
Perubahan edisi kamus ini dari
semasa ke semasa menunjukkan terdapat pembaharuan dan kemajuan bahasa Melayu.
FUNGSI
BAHASA
1.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang
melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa
kebangsaan juga merupakan bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah
negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara
tersebut. Bahasa ini telah menjadi lambang jati diri negara dan kewarganegaraan.
Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan
ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan Negara.
Bahasa
kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat
sesebuah negara. Hal ini kerana, rakyat lebih cenderung menggunakan bahasa kaum
mereka namun apabila berbicara kepada mereka yang bukan dari kaum yang sama,
mereka akan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Inilah yang menjadi identiti
nasional dan lambing bagi Negara kita.
Sebenarnya,
fungsi bahasa kebangsaan ini adalah untuk menjadi lambing inspirasi dan
semangat kemerdekaan justeru menjadi alat perhubungan khususnya bagi Negara
yang mempunyai pelbagai kaum. Usaha mengharmonikan rakyat Malaysia melalui
penggunaan satu bahasa yang sama ini dicadangkan berdasarkan sistem pendidikan
kebangsaan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955 yang juga
dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
2.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti
dalam ucapan rasmi dan
surat-menyurat. Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi.Tetapi di
Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya
ialah Bahasa Melayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan
sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa rasminya empat iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Lazimnya, bahasa
rasmi merupakan bahasa yang diberi status sedemikian
secara sah oleh sesebuah Negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang
digunakan dalam situasi rasmi contohnya dalam
urusan pentadbiran Negara, mesyuarat dan pendidikan di sekolah. Bahasa rasmi bukan sahaja digunakan
dalam bentuk lisan tetapi juga secara bertulis.
Contohnya, dalam urusan surat-menyurat, penulisan dokumen dan rekod kerajaan,media untuk menulis
semula undang-undang dan penulisan semua
jenis borang urusan rasmi kerajaan.
3.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan
Menurut
Slobin (1991) ,apabila penutur dengan pendengar berinteraksi, penutur ingin
melahirkan pendapatnya dengan jelas dan cepat. Pendengar pula mahu mendapat
maklumat dengan terang, cekap dan berkesan.
Menurut Searle
(1975), manusia menggunakan bahasa untuk memberitahu orang lain tentang
sesuatu, meminta mereka melakukan sesuatu dan menyatakan perasaan.
Menurut Robinson dan
Rackstraw (1972), menyampaikan dan menyatakan pengetahuan dan kepercayaan,
mengeratkan perhubungan sosial, membuat pertanyaan dan kenyataan, mengawal
tingkah laku bukan verbal, menarik dan mengekalkan perhatian, berjenaka,
mencipta puisi dan mengajar orang lain tentang bahasa itu sendiri.
Secara umumnya, bahasa
berfungsi untuk meransang pendengaran, menyampaikan maklumat dan berkomunikasi.
Bahasa Melayu merupakan alat yang menghubungkan penutur-penutur daripada
berbagai-bagai bangsa dan menyatupadukan
bangsa yang terdiri daripada pelbagai jenis.
Bahasa sebagai satu alat
perpaduan dapat dilihat penggunaanya dalam kehidupan seharian. Contohnya,
semasa di rumah atau di kampong halaman, rakyat Malaysia akan menggunakan
bahasa kaum mereka untuk bertutur sesame bangsa mereka. namun, bila mereka
berkomunikasi bersama mereka yang bukan sebangsa mereka, bahasa Melayu inilah
yang digunakan bagi membolehkan mereka dapat berkomunikasi justeru mengeratkan
hubungan sesame mereka. Melalui hal ini, jelas terlihat bahawa fungsi bahasa
itu sebagai alat perpaduan. Satu lagi contoh yang dapat dilihat membawa kepada
penyatuan serta kebaikan bahasa ialah jika terdapat atau timbulnya perselisihan
faham di antara kaum-kaum di Malaysia, maka di sinilah fungsi bahasa Melayu
bagi mengelakkan pergaduhan malah, mendamaikan sesame bangsa.
1.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu sekian
lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah,
maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi
menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya
sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan
ribu siswazah yang menerima pendidikan
dalam Bahasa Melayu.
Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah
mulai tahun 1983 telah member penakanan kepada kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira dengan menggunakan bahasa Melayu. Seterusnya, ilmu ini
diteruskan dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejaktahun 1988 dengan bahasa
pengatarnya ialah bahasa Melayu di mana matlamat utama Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu KBSM ialah memperkasa penguasaan bahasa Melayu.
2.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Peranan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di
negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu.
Keadaan ini tidak bercanggah
kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang
dwibahasa sifatnya. Maka itulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai
mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah supaya pelajar menerima
pendidikan Bahasa Inggeris selama 11 tahun justeru sepatutnya telah menguasai
bahasa tersebut dengan baik.
Bahasa
Melayu mampu menjadi pengantara untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mempunyai
perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan satu
konsep dan pemikiran yang berkaitan
dengan sesuatu ilmu yang dipelajari atau lebih tepat lagi keintelektualan
bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai,
terutama melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada
hari ini dapat diperkatakan bidang daripada apa yang mampu dilakukan oleh
bahasa Melayu pada suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat perbendaharaan kata
bahasa Melayu banyak berubah.
Sistem tatabahasa pula
merujuk kepada segala aspek tatabahasa sama ada ayat, frasa, klausa, ejaan dan
sebutan. Bahasa sebagai bahasa ilmu perlu digunakan tidak kira dari segi
pengucapannya mahupun dari segi tulisan dengan betul agar dapat dipraktikkan
kepada para pelajar justeru dapat menaikkan lagi taraf penggunaan bahasa yang
betul dan bukannya bahasa pasar.
3.
Bahasa Melayu Sebagai Alat Komunikasi
Bahasa Melayu sememangnya
telah menjadi alat komunikasi untuk
tujuan perhubungan di antara rakyat
jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang, lagipun telah sekian lama menjadi lingua franca
penduduk kawasan ini. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa
perhubungan rakyat jelata, dengan itu fungsi bahasa sebagai pembinaan jati diri
akan tetap kekal.
Melalui komunikasi kita
dapat menyampaikan apa yang sedang kita rasakan, fikirkan dan dapat disampaikan
kepada orang lain. Komunikasi merupakan salah satu bentuk tingkah laku sosial
yang mempunyai pelbagai cara dan bentuk untuk berkomunikasi iaitu bagaimana
hendak menarik perhatian pendengar, memulakan dan mengakhiri pembicaraan,
mencelah perbualan, mendapat penjelasan lanjut, memperbetulkan kesilapan dan
memnpengaruhi orang lain. Komunikasi
boleh berlaku dalam dua cara, iaitu secara lisan atau bertulis. Lisan merupakan komunikasi secara percakapan manakala
bertulis pula komunikasi secara tulisan sperti surat, email dan mesej dalam
telefon bimbit.
PERBANDINGAN
FONETIK & FONOLOGI
Jelasnya fonetik dan
fonologi hampir sama namun hakikatnya terdapat beberapa perbezaan jika dilihat dengan
teliti. Sebelum itu, baiklah mengetaahui terlebih dahulu persamaan yang
terdapat dalam kedua-dua bidang ini. Secara umumnya, kedua-dua bidang ini
mengkaji tentang bunyi-bunyi bahasa.
Perbezaan
pertama yang perlu diketahui antara dua bidang ini ialah, fonetik merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi
bahasa dan memberikan simbol fonetik bagi bunyi itu. Dengan lain perkataan, fonetik adalah kajian tentang
bunyi-bunyi ujaran iaitu fenomena pertuturan manusia seluruhnya manakala,
fonologi
pula merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang
bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia atau dengan erti
lain, mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan.
Perbezaan
seterusnya ialah, bidang fonetik ini merupakan asas kepada kajian fonologi
manakala fonologi pula menjadi input kepada kajian linguistik pada aras yang
lebih tinggi. Maksudnya, asas bagi kedua-dua bidang ini merupakan fonetik.
Selepas mempelajari fonetik, barulah kita dapat mempelajari secara lebih
mendalam dalam bidang fonologi.
Selain itu, tugas
fonologi ialah untuk merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk
bunyi dalam bahasa secara teliti bagi menentukan peraturan dan bentuk bunyi
secara terperinci manakala, fonetik pula sebaliknya.
Fonetik pula terdapat
tiga cabang utama iaitu fonetik akustik, fonetik artikulasi dan fonetik
auditori manakala, fonologi tidak mempunyai cabang yang khusus seperti fonetik.
Rumusan tentang perbezaan fonetik dan fonologi ini dapat dilihat secara ringkas
dan jelas pada Rajah 1.
|
FONETIK
|
FONOLOGI
|
|
Mengkaji segala bunyi bahasa dan memberikan
simbol fonetik bagi bunyi itu.
|
Mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui
mulut manusia.
|
|
Asas kepada kajian fonologi
|
Input kepada kajian
linguistik pada aras yang lebih tinggi
|
|
|
merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam
bahasa secara teliti
|
|
Terdapat tiga cabang utama iaitu fonetik
akustik, fonetik artikulasi dan fonetik auditori
|
Tidak mempunyai cabang
yang khusus seperti fonetik
|
RAJAH 1
BIDANG-BIDANG
FONETIK BAHASA MELAYU
Fonetik bahasa Melayu
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :
Fonetik Artikulasi
Fonetik artikulasi ialah bidang yang mengkaji bagaimana
bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia yakni, bunyi vocal dan konsonan
menggunakan alat tutur yang juga dikenali sebagai pergerakan bibir, lidah dan
laluan udara. Selain itu, kajian ini juga menggunakan alat seperti
laringgoskopi, palatogram dan letromiografi iaitu alat yang dapat menentukan
sifat dan bunyi bahasa yang diujarkan dalam makmal.
Fungsi alat artikulasi
(a) Lidah
Lidah merupakan salah satu
alat artikulasi yang penting dan paling aktif dalam proses mengeluarkan bunyi
bahasa. Lidah mempunyai empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah, dan belakang lidah.
Pembahagian inilah yang membolehkan lidah membuat pelbagai jenis penghasilan
bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah adalah penting
dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan
belakang manakala hujung lidah
merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian
mulut untuk membuat penyekatan. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan
sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan tehadap
udara yang keluar melalui rongga mulut.
(b) Gigi
Selain itu, gigi juga memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi
bahasa tetapi peranannya tidaklah seaktif lidah. Kedudukannya yang statik dan
sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.
Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi sama ada keadaan gigi yang
terkatup atau tersusun rata.
(c) Bibir
Satu-satunya
alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut ialah bibir. Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan mengeluarkan bunyi yang
berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.
Bibir juga boleh membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.
Bentuk-bentuk bibir mempengaruhi sebutan sesuatu perkataan itu.
(d) Gusi
Gusi
merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga
mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah
yang berfungsi membuat penyekatan.
(e) Lelangit
Lelangit terbahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit lembut menganjur dari
sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula
dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan
untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila
dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut
dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar
melalui rongga hidung.
(f) Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung
boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
(g) Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
Fonetik
Akustik
Fonetik
akustik pula mengkaji tentang gelombang bunyi dan bagaimana gelombang tersebut
mencapai pendengaran manusia. Kajian ini dilakukan dengan menganalisis bunyi
yang dirakam dengan alat-alat tertentu. Dalam rakaman bunyi-bunyi ini, terdapat
parameter-parameter seperti frekuensi fundamental (Fo), intensity dan durasi.
Parameter-parameter ini mempunyai frekuensi fundamental (Fo) yang diukur dalam
unit Hertz(Hz), intensity dalam unit decibel(dB) dan durasi dalam unit saat(s).
Parameter ini berfungsi untuk mengukur kelangsingan suara, kelantangan suara
dan kepanjangan.
Fonetik
Auditori
Fonetik
auditori ialah kajian mengenai sebutan bunti yang didengar iaitu bagaimana
bunyi itu diterima dan dikenali sebagai tuturan yang berbeza. Hal ini juga
dapat di terjemahkan dengan si penutur yang menyampaikan maklumat dalam bentuk
yang berbeza manakala, pendengar pula menafsirkan maklumat yang diterima untuk
menjadikannya sesuatu yang bermakna sepanjang komunikasi.
REFLEKSI
Saya mengucap syukur dan berterima kasih
kepada Tuhan kerana akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini
dengan begitu sempurna. Memandangkan saya merupakan pelatih baharu di Institut
Perguruan Keningau, Kerja kursus ini adalah perkara baru bagi saya.Walaupun
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini,namun dalam proses menyiapkannya saya
turut mengalami pelbagai pengalaman pahit getir.
Kerja
kursus ini menghendaki saya untuk membuat kajian tentang Sejarah Bahasa Melayu
serta Pengantar Fonetik dan Fonologi. Sewaktu pertama kali menerima kerja
kursus ini, saya merasa teruja kerana ingin mengetahui apakah itu fonetik dan
fonologi. Inilah pertama sekali saya mendengar perkataan tersebut. Namun
begitu, saya kesukaran semasa menyiapkan kerja kursus ini. Saya mempunyai
masalah dalam mengumpul maklumat dan memilih maklumat yang tepat. Saya tidak
tahu bagaimana untuk menapis maklumat yang perlu dan yang tidak perlu diambil. Namun, selepas
bertanya dan membuat perbandingan bersama rakan, saya dapat memilih dan semakin
yakin menyiapkan tugasan saya.
Semasa
menerima tugasan ini saya mula mencari sedikit-sedikit sumber melalui
internet.Tidak banyak sumber yang saya perolehi melalui internet. Lalu, saya
dan rakan saya menghabiskan masa kami di perpustakaan institut untuk mencari bahan
melalui buku-buku bahasa Melayu yang ada membincangkan tentang asal usul bahasa
Melayu dan alat-alat artikulasi. Terdapat banyak halangan yang terpaksa saya
tempuhi semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini terutamanya dalam aspek
pengurusan masa.
Sepanjang
kajian ini, dapatan yang saya pelajari ialah pentingnya pengurusan masa dalam
menyiapkan tugasan. Hal ini kerana, saya bukan hanya membuat tugasan Pengajian
Melayu sahaja tetapi juga tugasan dan pembentangan dari subjek lain. Oleh itu,
cara pengurusan masa untuk membahagikan tugasan-tugasan yang harus di siapkan
amat penting dan memberi pengajaran kepada saya kerana saya terpaksa berkorban
satu malam tidak tidur hanya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu,
pengurusan masa yang bijak amatlah penting kerana pastinya semua tugasan dapat
disiapkan jika saya dapat mengatur masa dengan bijak.
Di
sini, saya juga mempelajari betapa rakan itu penting dan tidak harus bergerak
secara sendirian dalam menyiapkan tugasan. Perbincangan sesame rakan serta
membuat perbandingan tugasan sesame rakan amat penting bagi menyempurnakan
tugasan. Melalui perbandingan, saya dapat lihat kekurangan dalam tugasan yang
saya lakukan serta dapat menambah sedikit sebanyak.
Tugasan
ini juga telah member saya banyak ilmu serta pengalaman. Jika pelajaran ini
hanya disampaikan di kelas sahaja, tentu saja saya tidak merasai dan dapat
mengambil input secara total. Namun, kerja kursus ini telah membuatkan saya
berusaha mendapatkan ilmu serta memahaminya sendiri. Dengan cara ini saya dapat
merasai pengalaman untuk mencari ilmu itu sendiri dan bukan hanya menerima
daripada pensyarah sahaja.
Kolaborasi
juga sangat penting sepanjang pengalaman saya. Segala kekeliruan yang saya
rasai dapat di hilangkan dan keyakinan saya bertambah untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Kolaborasi tidak hanya saya jalankan dengan pensyarah tetapi juga
dengan rakan-rakan saya.
Secara keseluruhan, kerja kursus ini telah
banyak member saya pendedahan tentang bahasa dan pengalaman-pengalaman pahit.
Hal ini justeru dapat menyediakan saya untuk menjadi seorang guru yang sentiasa
berusaha dan bijak dalam pengurusan serta bidang ilmu.
Sekian.
BIBLIOGRAFI
Hassan, A. (2007).
Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2003). Teori Bahasa Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
KARIM, D. N. (1986). BAHASA MELAYU TINGGI teori dan
penerapan. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
SCHANE, S. A. (1992). FONOLOGI GENERATIF. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar, (1992). Pengajaran
Bahasa malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ZulkifleyHamid, Ramli MD. Salleh dan Rahim Aman, (2007). Linguistik Melayu. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zahid, I. (2006). FONETIK dan FONOLOGI. Kuala Lumpur: PTS
Profesional.
Drs. Lutfi
Abas, (. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Baasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
AZIZ, S. H. Bahasa
Melayu 1. Kota Kinabalu: OXFORD FAJAR SDN. BHD.
Aziz, M. P. (2007). Evolusi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.
http//:putraacheh.multiply.ccm/journal/item/666. (n.d.).
http//:scribd.com/doc/153835407/fonetik-dan-fonologi. (n.d.).
JADUAL
PELAKSANAAN
|
LANGKAH
|
AKTIVITI
|
TEMPOH
|
PENGLIBATAN
|
TARIKH
|
|
1
|
Menerima
tugasan dari pensyarah pembimbing
|
Minggu1
|
Pensyarah
dan pelatih
|
17
Julai 2011
|
|
2
|
Mendengar
taklimat tugasan
|
Minggu
1
|
Pensyarah
dan pelatih
|
17
Julai 2011
|
|
3
|
Mengumpul
maklumat
|
Minggu
1
|
Pelatih
|
19
Julai 2011
|
|
4
|
Kolaborasi
bersama rakan tentang maklumat
|
Minggu
1
|
Pelatih
|
20
Julai 2011
|
|
5
|
Memilih
maklumat yang perlu
|
Minggu
2
|
Pelatih
|
22
Julai 2011
|
|
6
|
Mula
menyiapkan tugasan
|
Minggu
2
|
Pelatih
|
23
Julai 2011
|
|
7
|
Membuat
perbandingan tugasan
|
Minggu
2
|
Pelatih
|
25
Julai 2011
|
|
8
|
Menambah baik tugasan
|
Minggu
2
|
Pelatih
|
27
Julai 2011
|
|
9
|
Menghantar
tugasan
|
Minggu
2
|
Pelatih
|
7
Ogos 2011
|

|
|
1.
|
Bibir
atas
|
11.
|
Tengah
lidah
|
|
2.
|
Bibir
bawah
|
12.
|
Belakang
lidah
|
|
3.
|
Gigi
atas
|
13.
|
Akar
lidah
|
|
4.
|
Gigi
bawah
|
14.
|
Epiglotis
|
|
5.
|
Gusi
|
15.
|
Pita
suara
|
|
6.
|
Lelangit
keras
|
16.
|
Rongga
tekak
|
|
7.
|
Lelangit
lembut
|
17.
|
Rongga
Hidung
|
|
8.
|
Anak
tekak
|
18.
|
Rongga
mulut
|
|
9.
|
Hujung
lidah
|
19.
|
Rahang
|
|
10.
|
Hadapan
lidah
|
20.
|
Tenggorok
|
|
No comments:
Post a Comment